Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 20, 2008

Graduate Engineer..aku blum daftar la..

Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan, aku ni kerja engineer dah lama la gak..ada dekat setahun(tapi asyik lompat2 kerja...hihi), tapi baru nak mendaftar sebagai jurutera siswazah, ape ke dol la..x pasal-pasal berapi kena marah ngn abg aku..maklum la dia bakal dapat PE (profesional engineer),untuk dapat PE mesti berdaftar dulu sebagai jurutera siswazah sekurang-kurangnya 3-5 tahun, pengalaman akan di ambil kira lepas berdaftar sebagai jurutera siswazah. So, x kira la kalau korang dah berpengalaman dalam bidang korang 40 tahun sekalipun, tapi baru nak mendaftar, mmg pengalaman yang 40 tahun tu x diambil kira.. itu yang aku maklum la..x tau la kalau salah...jika salah, sila betulkan...

Oleh yang demikian aku pun mula la nak mendaftar, bukan main susah, sampai sekarang x terdaftar lagi.. Ape x nya, salinan Ijazah, transkrip mesti disahkan oleh Jurutera Profesional dan aktif.. yang ada Ir. kat depan nama dia.. kat ofis ada PE, tapi dalam bidang civil. aku kena cari yang ada Ir. dalam bidang elektrikal.. sampai sekarang x jumpa-jumpa kat kelate ni.. yang berlambak kat KL sume, susah rupenye nak jadi PE ni, nak daftar pun dah susah..hihi..

diharapkan kalau kawan2 ada kenalan yang bertitle Ir dan bidang Elektrikal, mintak tolong maklumkan la pada aku ni...

Pengajaran pada kawan2 yang akan bergraduate, dah konvo, dapat jer scroll, transkrip, cepat2 la daftar..jgn jadi cam aku..rugi seh...bila dah kerja, nak kerja lagi..masa x brapa ada sangat nak melancong sambil mencari insan bertitle Ir ni...

kat sini aku letak borang untuk daftar sebagai jurutera siswazah dan senarai proram kejuruteraan yang diiktiraf BEM, kalau nak download, klik pada icon document, korang x nak download, nak baca, bleh klik pada icon mata tu..


Borang Jurutera Siswazah

Senarai Program diiktiraf BEM

Borang Jurutera Siswazah


Senarai Program diiktiraf BEM

No comments: