Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 19, 2008

SILA DOWNLOAD LAB SHEET 3

KEPADA SEMUA PELAJAR DKE 3B, SILA UPLOAD LAB SHEET 3 ANDA DI SINI

Sunday, July 13, 2008

Nota Aplikasi Komputer dan Internet (Asas)- kepada sesiapa yang berkenaan sahaja

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yang berkenaan, di sini saya 'uploadkan' sedikit nota untuk rujukan anda, anda boleh download/muat turun nota tersebut mengikut langkah2 yang telah saya tulis dalam blog ini, rujuk tajuk blog: Sedikit Guide line buat kawan2 yang nak download gambar kawen Rasdi & Wadaf .

untuk download, sila klik pada link di bawah :

http://www.filefactory.com/file/15b01e/n/C_amp_I_application_pdf

*nota adalah untuk peringkat asas semata-mata sekadar untuk memudahkan urusan, ribuan kemaafan sekiranya nota yang saya bekalkan ini tidak membantu..sekian, terima kasih

Wednesday, June 18, 2008

PENGHASILAN ETANOL GANTI PETROL DIRAGUI

Kenaikan harga semasa seakan punya hikmah yang tersirat. Rata-rata pengguna mula mencari kaedah terbaik atau alternatif bagi mengimbangi beban kenaikan tersebut. Baik mengurangkan jumlah perjalanan kenderaan, berkongsi kenderaan, guna pengangkutan awam, ubah suai teknologi bahan api kenderaan dan sebagainya.


Di antara pilihan yang dimiliki pengguna, ada penawaran dari industri agar mencuba kaedah bahan api yang di proses melalui teknologi bio. Dengan kata lain, sumber tenaga yang ditawarkan lebih mesra alam selain murah berbanding sumber bahan fosil sedia ada. Kajian demi kajian yang dilakukan pakar telah menghasilakn bio deisel atau bio feul yang diperolehi melalui tumbuh-tumbuhan.


Etanol itulah unsur yang ada pada beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan alternatif sebagai bahan api menggantikan fungsi petrol dan diesel. Antara tanaman yang mampu menghasilkan etanol termasuklah jagung, kacang soya, tebu, beberapa jenis bijirin, kelapa sawit dan sebagainya.






ladang tebu



ladang jagung



switch grass


Di negara kita, kelapa sawit dilihat berpotensi besar di proses menjadi biodesel. Malah ia terbukti untuk di peraktikkan sebagai bahan api alternatif. Di amerika syarikat pula, jagung dan soya menjadi pilihan untuk menghasilkan etanol. Polisi kerajaan malaysia yang tidak menyokong mana-mana kaedah penghasilan etanol berasaskan tanaman makanan seperti kelapa sawit menyebabkan pendekatan ini kurang dikomersialkan. Apatah lagi krisis makanan dunia yang turut dirasai di negara ini.


Justeru, kesesuaian sejenis tanaman bukan makanan iaitu jatropha atau popular dengan panggilan pokok jarak pagar di kalangan penduduk tempatan dilihat mampu merealisasikan usaha penghasilan etanol di negara ini.


Meskipun belum ada produk etanol keluaran tempatan yang dipasarkan secara-besar-besaran di negara ini, yakni dalam konteks dijadikan bahan api sepenuhnya atau sekurang-kurangnya memenuhi campuran 85 peratus etanol dan 15 peratus petrol (E85), namun sudah banyak syarikat tempatan yang mula melabur dalam industri ini.


Menurut satu sumber dari sebuah syarikat pengeluar etanol berasaskan pokok jarak pagar, mereka menjangkankan hasil pertama mereka berada dipasaran menjelang tahun 2009. Produk yang ditawarkan adalah dalam bentuk seratus-peratus bio-desel.


Sifat etanol yang mempunyai kadar 35 peratus kandungan oksigen membolehkan proses pembakaran api berlaku hampir sempurna. Ia secara langsung dapat mengurangkan kadar pelepasan asap ke udara. Begitu juga dengan sifat tuumbuh-tumbuhannya yang melayakkan ia di kategoti antara sumber tenaga yang boleh di perbaharui. Secara langsung juga etanol diuar-uarkan sebagai mesra alam berbanding kaedah konvensional penggunaan bahan api petrol atau diesel.






Proses penghasilan etanol tidak mesra alam.


Apa yang dipertikaikan terhadap dakwaan konsep mesra alam yang kerap kali diuar-uarkan ialah berkaitan dari awal proses penanaman tumbuhan ini kepada produk akhir iaitu cecair etanol. Dari peringkat penanaman (ladang), pengangutan hingga ke proses pengilangan seterusnya ke produk akhir sebagai bio-desel. Sejauh mana pihak industri mampu memberi jaminan bahwa pencemaran alam sekitar akan berlaku sepanjang proses penghasilan etanol daripada tumbuhan tersebut.


Jika dilihat dari sudut kandungan tenaga, etanol mempunyai kadar tenaga yang rendah berbanding jumlah tenaga yang dimiliki bahan api fosil (petrol dan diesel). Justeru ia memerlukan lebih banyak penghasilan etanol untuk menyamai jumlah tenaga itu. Disini, akan mewujudkan senario permintaan mewujudkan senario permintaan tanah yang tinggi bagi tujuan penanman tumbuhan yang boleh menghasilkan etanol. Hal ini mengundang kawasan tanah berstatus simpanan, hutan simpan atau tanah yang ditanam dengan tanaman lain diterokai untuk tujuan penanaman ini. Secara tidak langsung mengundang kekurangan kawasan tadahan air dan hutan simpan yang berperanan menginbangi penaingkatan suhu semasa.


Di Brazil misalnya, penerokaan hutan Amazon yang menceah keluasan 300,000 hektar pada tahun lalu mengundang kecaman masyarakat dunia. Penerokaan tersebut dilakukan bagi tujuan penanaman berasaskan etanol.






Kilang pemprosesan etanol di West Burlington, Iowa








Kilang pemprosesan etanol di Sertãozinho, Brazil.


Ancaman ke atas alam sekitar juga dikuatiri berlaku semasa proses penuaian berlaku. Terdapat teknologi yang mampu memproses keseluruhan pokok menjadi bio diesel, misalnhya pokok jarak pagar.


Aktiviti penuaian ini menyebabkan kawasan yang sebelum ini dilitupi pokok menjadi kosong dan mengambil masa untuk kembali dipenuhi tumbuhan baru. Pada ketika ini, menyebabkan berlaku ancaman peningkatan suhu setempat.


Ancaman pencemaran udara daripada penggunaan jentera dan kenderaan yang digunakan untuk pelbagai tujuan berkaitan industri ini turut wujud. Penggunaan jentera terutamanya yang mnegundang bahan api diesel mengundang kepada pengingkatan perlepasan gas rumah hijau ke udara. Ia menyebabkan berlaku penambahan perlelasan rumah hijau yang tersedia ada di atmosfera. Proses pembakaran kilang pula membebaskan gas karbon monoksida, metana dan sebagainya ke udara.


Jika diteliti dari pelbagai proses seawal pembersihan kawasan tanah, penuaian, penghantaran ke kilang dan sebaginya, didapati industri ini lebih banyak membebaskan gas kesan rumah hijau berbanding proses penghasilan petrol.


Monday, June 16, 2008

Kenduri kawen Nor Fadhilah, Mat Rock dan Hanafiah

Dah lama rasanya aku x update blog ni..maklum la...orang penting, kena buat2 sibuk..hihi..masuk bakul..angkat sendiri...muahahahah... kt bawah ni aku letak gambar2 member yang dah kawen, dan sempat aku p... pada kawan2 yang nak tgk ke, nak save ke, di persilakan...

Perkahwinan Mat Rock dan pasangan nya...fatma








Perkahwinan Nor Fadhilah @ kak nor dan pasangannya..lupe seh nama dia..






Perkahwinan Hanafiah dan pasangannya, pun aku lupe gak namanya.. ni bukan hari perkahwianan, aku p lewat sehari.. yang mana satu pengantin.. paham2 jer..tgk gambar tu elok2..heh..heh...




kepada semua kawan yang dah kawen, selamat pengantin baru aku ucapakn..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..yang belum..jgn lupe jemput aku..hehe..heh..







Tuesday, May 27, 2008

Sedikit Guide line buat kawan2 yang nak download gambar kawen Rasdi & Wadaf

salam..memandangkan ramai bermasalah untuk download gambar yang aku letak ni, kat sini aku bagi guide line skit..
lepas korang tekan butang icon folder tu, akan link ke web file factory (kalau x nak kuar dari current page, klik kanan,tekan Open in new tab/Open in new window)..sebagai contoh :



lepas tu kat bawah dia skit ada butang sperti di bawah :



korang klik la butang tu..yang color hijau tu, yang ada tulis free download tu..
Buat kawan2, sorry la, nak buat macam mana, sume benda free, terpaksa banyak prosedur, melainkan aku sewa domain sendiri..hihi..
Sekian, terima kasih, SEGALA KESULITAN, AMAT DIKESALI








Monday, May 19, 2008

Tahniah..buat Wadaf dan Rasdi







Kepada kawan-kawan yang nak gambar dan video boleh download pada ikon di bawah. aku terpaksa split pada banyak part, nak bagi mudah aku upload sebenarnya..








*aku baru upload semua gambar...movie..on the way...harap bersabar..

Monday, May 12, 2008

Suami..isteri....

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??
Laki bini ini asalnya 2individu asing yang saling tidak mengenali.
Atas takdir tuhandipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,
dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkahsuamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi binikau " duit ke?"
sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihanTAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, binikau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selag itu lah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingatbini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak lakiaku bila pakai baju ni?"
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengoratlagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa", hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kataSAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah diaorang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...diaorang musti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat:
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapamesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telahdikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuanyg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita takberusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri...Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....FIKIR-FIKIRKANLAH. .........