Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, June 18, 2008

PENGHASILAN ETANOL GANTI PETROL DIRAGUI

Kenaikan harga semasa seakan punya hikmah yang tersirat. Rata-rata pengguna mula mencari kaedah terbaik atau alternatif bagi mengimbangi beban kenaikan tersebut. Baik mengurangkan jumlah perjalanan kenderaan, berkongsi kenderaan, guna pengangkutan awam, ubah suai teknologi bahan api kenderaan dan sebagainya.


Di antara pilihan yang dimiliki pengguna, ada penawaran dari industri agar mencuba kaedah bahan api yang di proses melalui teknologi bio. Dengan kata lain, sumber tenaga yang ditawarkan lebih mesra alam selain murah berbanding sumber bahan fosil sedia ada. Kajian demi kajian yang dilakukan pakar telah menghasilakn bio deisel atau bio feul yang diperolehi melalui tumbuh-tumbuhan.


Etanol itulah unsur yang ada pada beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan alternatif sebagai bahan api menggantikan fungsi petrol dan diesel. Antara tanaman yang mampu menghasilkan etanol termasuklah jagung, kacang soya, tebu, beberapa jenis bijirin, kelapa sawit dan sebagainya.






ladang tebu



ladang jagung



switch grass


Di negara kita, kelapa sawit dilihat berpotensi besar di proses menjadi biodesel. Malah ia terbukti untuk di peraktikkan sebagai bahan api alternatif. Di amerika syarikat pula, jagung dan soya menjadi pilihan untuk menghasilkan etanol. Polisi kerajaan malaysia yang tidak menyokong mana-mana kaedah penghasilan etanol berasaskan tanaman makanan seperti kelapa sawit menyebabkan pendekatan ini kurang dikomersialkan. Apatah lagi krisis makanan dunia yang turut dirasai di negara ini.


Justeru, kesesuaian sejenis tanaman bukan makanan iaitu jatropha atau popular dengan panggilan pokok jarak pagar di kalangan penduduk tempatan dilihat mampu merealisasikan usaha penghasilan etanol di negara ini.


Meskipun belum ada produk etanol keluaran tempatan yang dipasarkan secara-besar-besaran di negara ini, yakni dalam konteks dijadikan bahan api sepenuhnya atau sekurang-kurangnya memenuhi campuran 85 peratus etanol dan 15 peratus petrol (E85), namun sudah banyak syarikat tempatan yang mula melabur dalam industri ini.


Menurut satu sumber dari sebuah syarikat pengeluar etanol berasaskan pokok jarak pagar, mereka menjangkankan hasil pertama mereka berada dipasaran menjelang tahun 2009. Produk yang ditawarkan adalah dalam bentuk seratus-peratus bio-desel.


Sifat etanol yang mempunyai kadar 35 peratus kandungan oksigen membolehkan proses pembakaran api berlaku hampir sempurna. Ia secara langsung dapat mengurangkan kadar pelepasan asap ke udara. Begitu juga dengan sifat tuumbuh-tumbuhannya yang melayakkan ia di kategoti antara sumber tenaga yang boleh di perbaharui. Secara langsung juga etanol diuar-uarkan sebagai mesra alam berbanding kaedah konvensional penggunaan bahan api petrol atau diesel.






Proses penghasilan etanol tidak mesra alam.


Apa yang dipertikaikan terhadap dakwaan konsep mesra alam yang kerap kali diuar-uarkan ialah berkaitan dari awal proses penanaman tumbuhan ini kepada produk akhir iaitu cecair etanol. Dari peringkat penanaman (ladang), pengangutan hingga ke proses pengilangan seterusnya ke produk akhir sebagai bio-desel. Sejauh mana pihak industri mampu memberi jaminan bahwa pencemaran alam sekitar akan berlaku sepanjang proses penghasilan etanol daripada tumbuhan tersebut.


Jika dilihat dari sudut kandungan tenaga, etanol mempunyai kadar tenaga yang rendah berbanding jumlah tenaga yang dimiliki bahan api fosil (petrol dan diesel). Justeru ia memerlukan lebih banyak penghasilan etanol untuk menyamai jumlah tenaga itu. Disini, akan mewujudkan senario permintaan mewujudkan senario permintaan tanah yang tinggi bagi tujuan penanman tumbuhan yang boleh menghasilkan etanol. Hal ini mengundang kawasan tanah berstatus simpanan, hutan simpan atau tanah yang ditanam dengan tanaman lain diterokai untuk tujuan penanaman ini. Secara tidak langsung mengundang kekurangan kawasan tadahan air dan hutan simpan yang berperanan menginbangi penaingkatan suhu semasa.


Di Brazil misalnya, penerokaan hutan Amazon yang menceah keluasan 300,000 hektar pada tahun lalu mengundang kecaman masyarakat dunia. Penerokaan tersebut dilakukan bagi tujuan penanaman berasaskan etanol.






Kilang pemprosesan etanol di West Burlington, Iowa








Kilang pemprosesan etanol di Sertãozinho, Brazil.


Ancaman ke atas alam sekitar juga dikuatiri berlaku semasa proses penuaian berlaku. Terdapat teknologi yang mampu memproses keseluruhan pokok menjadi bio diesel, misalnhya pokok jarak pagar.


Aktiviti penuaian ini menyebabkan kawasan yang sebelum ini dilitupi pokok menjadi kosong dan mengambil masa untuk kembali dipenuhi tumbuhan baru. Pada ketika ini, menyebabkan berlaku ancaman peningkatan suhu setempat.


Ancaman pencemaran udara daripada penggunaan jentera dan kenderaan yang digunakan untuk pelbagai tujuan berkaitan industri ini turut wujud. Penggunaan jentera terutamanya yang mnegundang bahan api diesel mengundang kepada pengingkatan perlepasan gas rumah hijau ke udara. Ia menyebabkan berlaku penambahan perlelasan rumah hijau yang tersedia ada di atmosfera. Proses pembakaran kilang pula membebaskan gas karbon monoksida, metana dan sebagainya ke udara.


Jika diteliti dari pelbagai proses seawal pembersihan kawasan tanah, penuaian, penghantaran ke kilang dan sebaginya, didapati industri ini lebih banyak membebaskan gas kesan rumah hijau berbanding proses penghasilan petrol.


No comments: